Jabatan Laut Malaysia, JLM menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi memastikan insiden feri terkandas di alur pelayaran di Jeti Kuala Kedah pada petang Jumaat tidak berulang.<br /><br />Menurut kenyataan JLM, pasukan itu juga akan memantau pemeriksaan yang dilakukan organisasi diiktiraf ke atas keselamatan feri itu sebelum dibenarkan beroperasi semula.
